Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

idnef menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


idnef

22 bulan yang lalu

wajarkan demonstrasi jalanan menjadi jalan utama penyelesaian masalah di negara kita??

Sejak kebelakangan ini negara kita sering berlaku demonstrasi jalanan yang mempunyai agenda-agenda tertentu pihak yang mempunyai kepentingan dalam politik terutamanya untuk membangkitkan kemarahan penduduk mengenai sesuatu isu sensitif yang diketengahkan. ini secara tidak langsung mencerminkan keadaan negara kita seperti negara bergolak dengan keadaan politik yang tidak stabil. Wajarkah demontrasi jalanan seperti ini diteruskan untuk menyuarakan pendapat dan penentangan???
Ditutup
Balas

George Clay Kedit

  22 bulan yang lalu
Demontrasi jalanan tak salah diamalkan selagi ia tidak menyebabkan rusuhan kerana demonterasi jalanan sangat berkesan untuk mendapat perhatian pelbagai pihak, namun bagi pendemonterasi jalanan peganglah prinsip kekalkan keamanan dan hormatilah undang-undang negara serta percayalah pada adat resan dan budaya Malaysia.
0 komen

NORAZIELA

  22 bulan yang lalu
BAGI SAYA TIDAK WAJAR.. KERANA IANYA AKAN MEMBUATKAN ORANG DARI NEGARA LUAR MELIHAT NEGARA KITA INI SEBAGAI NEGARA YANG TIDAK AMAN, JUSTERU BILANGAN PELANCONG AKAN TURUT BERKURANGAN DAN INDUSTRI PERLANCONGAN AKAN TERJEJAS. SELAIN ITU NEGARA KITA JUGA TURUT DIKENALI DENGAN NEGARA ISLAM, IANYA AKAN TURUT MENCEMARKAN NAMA BAIK ISLAM ITU SENDIRI DI MATA DUNIA. ISLAM YANG SEBENAR TIDAK ADA PAKSAAN.. ISLAM ADALAH AGAMA YANG BERTOLERANSI.. PERBINCANGAN LEBIH MUDAH BERBANDING DENGAN MELAKUKAN DEMONTRASI JALANAN..
0 komen

noted

  22 bulan yang lalu
wajar tetapi dengan cara yang baik. Kerana rakyat lebih peka kepada keadaan sekeliling daripada pihak politik yang hanya mempergunakan rakyat sebagai umpan. Rakyat tidak akan memberontak sekiranya tidak terdapat sebarang agenda yang melebihi batasan. Berikan rakyat hak kebebasan untuk bersuara,kerana suara rakyat dapat membrikan pendapat untuk membangunkan negara yang seimbang dan harmoni ke arah kemajuan.
0 komen

faezah1

  22 bulan yang lalu
Tidak wajar kerana demonstrasi begitu memberi impak yang buruk pada negara dan membai kerugian besar dalam sektor peeniagaan di sekitar jalan utama.ia juga memberi satu kesan buruk pada nama baik negara.Jalan2 utama di negara kita merupakan tempat pelancong asing beriadah sambil melihat suasana negara.Seandainya demonstrasi dilakukan disitu maka pandangan buruk para pelancong terhadap negara kita sangat negetif dan mereka beranggapan negara kita merupakan negara yang same dengan negara lain yang sering belaku pegolakan serta beranggapan negara kita tidak aman untuk mereka melancong.maka ia sangat merugikan.
0 komen

mohd asril

  22 bulan yang lalu
pada pendapat saya demontrasi jalanan tidak elok dan bukan jalan penyelesaian masalah utama negara bahkan bertambah memburukkan lagi keadaan dimana mendapat liputan media asing serta pendatang asing menjadi takut serta tidak selamat melancong kesini dan ini boleh menjejaskan pendapatan negara serta dianggap negara yang tidak selamat dikunjungi....
0 komen

Kamal1012

  22 bulan yang lalu
Demonstrasi jalanan tu penting untuk meluahkan pendapat and ketidak puas hati segelintir pihak kepada kerajaan yang selalunya kurang mendengar akan permasalahan masyarakat. Pada pendapat saya, itu wajar tapi hendaklah secara aman.
0 komen

diceup

  22 bulan yang lalu
tidak wajar,dalam kontek islam kita ada diskusi,bukan teriak di jalanan.lagipun bukan islam yang menganjurkan demontrasi jalanan tersebut.kita sebagai umat islam yang majoriti penduduk negara malaysia kena ambil pendekatan sepaya menghalang unsur kafir yang cuba diterapkan dalam masyarakat kita.
0 komen

Aisahcha

  22 bulan yang lalu
Tidak wajar.seharusnya kita duduk berbincang muka ke muka ,dari hati ke hati.berfikiran rasional dan terbuka.usulkan masalah yang menimpa cari jalan penyelesaian yang sepatutnya,bukanlah dengan cara membuat demokrasi jalanan,memalukan diri,bangsa dan rakyat negara.
0 komen

fatin fatihah

  22 bulan yang lalu
bagi pendapat sy demontrasi ini wajar dilakukan kerana ini adalah dari suara rakyat. setiap pendapat atau cadangan yang diberikan oleh rakyat wajar di ambil berat kerana malaysia mengamalkan demontrasi.. tetapi demontrasi yang dilakukan mesti lah secara aman bukan dengan menjahanam kan harat bende negara. malaysia adalah salah satu negara yang aman.
0 komen

akhbar1

  22 bulan yang lalu
sebenarnya dgn adanya demonstrasi jalanan bukannya dpt menyelesaikan masalah malah akan merugikan banyak pihak. negara akan rugi dari segi pelaboran, di mana pelabur dari negara luar tidak akan melabur dikuatiri akan merugikan mereka.selain dari itu peniaga2 kecil akan hilang punca mata pencarian tetap mereka.
0 komen

Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …