Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

ThisIsLiLith menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


ThisIsLiLith

25 bulan yang lalu

Wajarkah suami memaksa isteri untuk bekerja?

Bagi isteri yang berpendapatan lebih dari suami - bila ada pendapatan sendiri, suami buat tidak peduli (semua hutang isteri tanggung, tidak mahu buat senarai perbelanjaan bulanan dan tidak memberi nafkah kepada isteri) dan menghabiskan duit gajinya untuk diri sendiri. Isteri juga dimarahi kerana terpaksa komited pada kerja (balik lewat, kerja pada hujung minggu - maklumlah jawatan besar). Dan bila isteri tidak tahan lagi dengan semua ini (termasuklah keadaan politik di pejabat), isteri meletakkan jawatan. Wajarkah suami memaksa isteri bekerja agar dia dapat terus tidak bertanggungjawab kepada nafkah isteri dan menghabiskan pendapatannya untuk diri sendiri? Kenapa tidak berusaha untuk memajukan diri dan meningkatkan pendapatan keluarga?
Ditutup
Balas

Adlynnda

  24 bulan yang lalu
Kalau macam kes di atas ni, memang tak wajar sama sekali si suami memaksa isteri untuk bekerja semata-mata nak melepaskan diri dari tanggungjawab. Andaikata gaji si suami tidak mampu untuk menampung keluarga, wajarlah isteri membantu suami menambah pendapatan keluarga dengan syarat si suami memberikan keizinan. Dah diizinkan suami, Si isteri boleh keluar bekerja membantu suami tapi kenalah pekerjaan yang halal.
1. Si isteri hendaklah bekerja dengan kerjaya yang sesuai dengan fitrah wanita. Contoh jadi pembantu taska, cikgu, setiausaha.
2. Bekerja dengan niat membantu meringankan bebanan suami. Niat yang baik dapat menghindarkan diri dari perkara yang negatif.
3. Menutup aurat dan menjaga maruah diri, suami dan keluarga.
- Bagi mengelakkan fitnah orang ramai terhadap diri si isteri. Walaupun dalam suasana bekerja, aurat, maruah hendaklah dijaga dengan baik.
4. Tidak melupakan tanggungjawab seorang hambaNya, isteri dan ibu walaupun sudah bekerja. Pengurusan masa sangat penting bagi isteri yang bekerjaya.
0 komen

maey88

  25 bulan yang lalu
Jika suami berpendapatan lebih dari cukup, apa salahnya isteri menjadi surirumah sepenuh masa, menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makanan dan pakain suami serta anak-anak. Pada saya, ianya bergantung kepada ekonomi keluarga. Jika pendapatan suami kurang mencukupi, isteri boleh membantu bekerja. Tidak semestinya bekerja sepenuh masa, sambilan juga boleh. Kini banyak syarikat yang menawarkan pekerjaan hanya dari rumah atau melalui jaringan internet. Kadangkala, pendapatan dari perniagaan sambilan mampu mencecah ribuan ringgit. Lebih baik berbanding suami dan isteri bekerja seharian dan anak pula ditinggalkan di bawah jagaan pembantu rumah sepenuhnya.
0 komen

annaroyfa

  25 bulan yang lalu
tidak, karena pada hakekatnya yang bertanggung jawab dalam hal nafkah adalah suami. kalau pun istri itu bekerja itu hanya sebagai membantu. tetap prioritas utama dalam hal mencar nafkah adalah suami.
0 komen

kastami

  25 bulan yang lalu
tidak perlu memaksa kerana tanggungjawab menyara keluarga terletak di bahu suami
0 komen

latiff1

  25 bulan yang lalu
tidak patot.suami adalah ketua keluarga.suami yg ptt mlndungi dan memberi apa yg spttnya.klu isteri yg control jdilah queen qontrol.ape gunajdi laki klu harapkan pompuan
0 komen

cjal47

  25 bulan yang lalu
lebih elok suami saja berkerja,isteri menjaga dan mendidik anak,seperti hadis nabi s.a.w,kekuatan masyarakat dari keluarga,kekuatan keluarga dari isteri yg mendidik anak..
0 komen

zaki mohd zain

  25 bulan yang lalu
suami memaksa isteri bekerja adalah tidak wajar,kerana nafkah adalah tanggungjawab suami..tetapi sekiranya pendapatan isi rumah tidak mencukupi maka perlulah suami dan isteri berusaha bagaimana utk meningkatkan ekonomi isi rumah mereka...di sini perlu kerjasama dan faham memahami....barulah bahagia
0 komen

nurul ashiqin

  25 bulan yang lalu
tanggung jawab memberi nafkah terletak di bahu suami dan bukan isteri(mengikut islam). melainkan isteri rela hati untuk bekerja, adalah tidak wajar unsuami memaksa isteri bekerja.
0 komen

khairul87

  25 bulan yang lalu
maybe...bukan nya paksa..but just help husband..bcoz kos sara hidup yang sangat tinggi zaman sekarang ni..sama2 berganding bahu..melainkan suami 2 kaya..isteri jd suri rumah je lah..uruskan hal rumah tangga dan anak2..
0 komen

jeebwood

  25 bulan yang lalu
Jika suami mampu menanggung si isteri,itu lebih baik.Jika tidak,relakan si isteri bekerja.Susah-senang biarlah bersama asal ada toleransi dan persefahaman.
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …