Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

Cik Qis menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


Cik Qis

26 bulan yang lalu

Tempat Pelancongan paling BEST pernah anda kunjungi

Anda suka melancong tak? Tempat mane paling best? Saya memang suka makan angin. Sekarang still lg tinggal bersama parents. Selama ni selalu je ajak family pegi makan angin. Tak kisah la dalam atau luar negara. Asalkan boleh hilangkan stress dan cuci mata tengok tempat luar. Ye tak? Tapi sebelum ni my dad kerja. So tak boleh sewenang-wenangnya ambil cuti. Maklumlah kerja dengan bank. Kena serius.

So sekarang my dad dah pencen. Kami merancang jugak nak pegi holiday luar negara. Kalau tak boleh luar, dalam pun jadi lah. Korang ada idea tak tempat mane boleh pegi? tempat mane yg paling best penah korang pegi? Citer la sikit. Kongsikan pengalaman kat cni. Ape yang menariknya tempat tu.
Ditutup
Balas

wctan

  21 bulan yang lalu
I really like to travel.. the reason because that travel is one of my way to release stress. The feel going travel with family and friends are different. If go with friends, I prefer to go a place where we can have game, camp and other activities. While with family will be a relax trip such as eat, shopping together with travel.
0 komen

rashidi1

  21 bulan yang lalu
pergi ke sabah sebuah tempat yang menarik dan banyak perkara yang anda akan pelajari,paling seronok untuk keluarga menginaplah di kaki gunung kinabalu,pasti anda dan keluarga ingin kembali semula
0 komen

TAN SIN LI

  21 bulan yang lalu
tempat pelancongan yang paling BEST pernah saya kunjungi adalah Bali. Ini juga merupakan pertama kali saya melawati luar negara dan pertama kali saya menduduki kapal terbang. Bali adalah sebuah pulau yang sangat cantik dan mempunyai banyak scenery yang cantik. tempat yang menarik saya adalah tepi pantai di sana sebab permandangan pantai adalah cantik, saya juga ada mengunjungi satu tempat pantai yang bernama Jimbaran, di sana kita dapat nampak permandangan "sunset" yang cantik dan makan makanan seafoood yang sedap di sana. selain itu, saya juga berpeluang tinggal di hotel yang cantik yang bernama Banyam Tree Hotel, biliknya juga berpandang ke laut.
0 komen

iedaaizan

  22 bulan yang lalu
saya paling suka pergi cameron highland, rasanya dah 5 kali pergi ngan family. entah kenapa tak rasa jemu pulak malah seronok. seronok tengok ladang-ladang sayur di lereng bukit, macam-macam jenis bunga berwarna-warni, kaktus berbagai pilihan kecil atau besar. pendek kata best lah.... kalau ada rezeki nak pergi lagi.
0 komen

fauziah mohd noor

  22 bulan yang lalu
Percutian yang menarik yang pernah saya lawati adalah dari Siem Reap,Cambodia ke Phnom Penh n Ho Chi Minh City selama 7hari 6malam. Melawat negara yang lepas dari peperangan dan keadaan perkampungan Islam amatlah menginsafkan saya betapa saya bertuahnya hidup di bumi Malaysia ini. Perkampungan Cham perkampungan Islam yang kehidupan mereka berlandaskan Islam, perempuan yang tidak bertudung diarah bertudung sekiranya anda di perkampungan ini, pemandangan sawah padi yang indah mengingatkan saya sawah padi di zaman 70an di utara tanah air. Beautiful Architecture Angkor Wat dan peninggalan tapak perang, keindahan alam semulajadi. Memang menarik dari seam reap ke Phnom Penh kemudian ke Ho Chi Minh dan Halong Bay yang sungguh indah pemandangan matahari terbenam. Saya seorang pencinta alam jadi ini adalah percutian yang amat menarik bagi saya. tak perlu gedung membeli belah yang besar, cukup di pasar malam.
0 komen

SOBA5

  23 bulan yang lalu
saya suka melancong..tak kira di dalam atau diluar negara..saya akan pastikan setiap tahun saya gi melancong..melancong ni buat minda kita luas tenang..happy le kata orang...tapi mesti ada duit...saya suka bawak murid2 saya melancong..sampai dapat gelaran menteri pelancongan..hebatkan...mungkin sesuai dengan jiwa saya...saya suka gi Pulau Langkawi....pulau tu hebat...menarik..daya tarikannya..klasse.....saya suka menginap di hotel tok senit...suasana kekampungan...malam2 dengar bunyi cengkerik...sunyi macam kat kampung....pulau pangkor....satu2nya pulau boleh dapat ikan bilis mata biru.....orang gi pangkor nak cari bilis bermata biru...rasanyapun lain....sedap.....Trengganu pun best jugak..kalau luar negara..Indonesia...saya dah menjellajah banyak tempat di Indonesia...Jakarta..macam Kuala Lumpur..tapi sibuk lagi...diKL ramai orang jalan kaki..tapi diJakarta...bersaing dengan penunggang motor....menakutkan...Bandung..nyaman..sejuk...tidak sibuk..shopping best..Jogjakarta...paling saya suka...banyak tempat menarik...makanan minang yang best..barang yang murah...kalau 2 hari tak cukup...seronok..tak boleh gambarkan..solo..surabaya...dan yang hebat..BALI...aduh bestnya....gi ke Tanah Lot ..lihat matahari terbenam...cantik sungguh ciptaan allah....diBali penganut utamanya Hindu Balinese....so sangat berbeza dengan pandangan di solo..bandung...surabaya..yang mana Islam adalh mejoriti...kalau saya ada peluang 2 pasti saya ingin ke bali lagi...kalau jauh lagi..Cairo pun sangat menarik.....melihat laut mediterranean yang sangat luas....bagi saya tempat yang tidak ada bandingan...keseronokannya...MADINAH dan MEKAH.....
0 komen

vivaElite84

  24 bulan yang lalu
Paling best tempat yg pernah saya pergi Cameron Highland dan Bukit Tinggi.Suasana aman damai segar sebab kita berada di atas bukit.Bagi sesiapa ygp minat kat alam sekitar yang hijau dan damai memang Cameron Highland best,sebab banyak pokok bunga,strawberi dan sayuran yang segar bugar.Paling ummp apa lagi teh Cameron la jika dinikmati waktu petang...Sehari dua kat Tanah Rata memang best gila,udara yang sejuk dan jauh dari kesesakan boleh tenang jiwa kat sana.Nak nikmati landskap garden cantik mesti lap Rose Garden.
Kalau part Bukit Tinggi pun lebih kurang jugak,kita boleh release tension dengan udara yang segar.Rekabentuk English House dan Japapnese House seperti luar negara jugak..low cost traveling...
0 komen

alibiz_2012

  26 bulan yang lalu
Tetap memilih Puncak Borneo, di kawasan pendalaman Pedawan, Kuching Sarawak.Segar, tenang, aman, sejuk dan tersisih dari hingar bingar bandar.Pemandangan yang cantik, penuh dengan kehijauan dan bolih lihat kawasan sempadan Indonesia bersebelahan, dengan gunung ganang yang menarik
0 komen

abubakar92

  26 bulan yang lalu
Kalau dalam negeri, setakat ni saya rasa Langkawi should be the best choice. Ada cable car, ada island hopping. tgok burung helang sambar ayam depan mata, and banyak lagi la.
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …