Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

ALIA UMAIRA BINTI MOHD RAFI menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


ALIA UMAIRA BINTI MOHD RAFI

27 bulan yang lalu

SABAH ADALAH SEBUAH NEGERI YANG TERKENAL DENGAN KEINDAHAN ALAM YANG MENARIK MINAT UMUM. BERIKAN CADANGAN ANDA MENGENAI CARA-CARA UNTUK MEMBANGUNKAN LAGI BUMI SABAH INI SEBAGAI PUSAT PERLANCONGAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA SUATU HARI NANTI. JELASKAN.

Pada pendapat saya, kerajaan dan badan swasta yang berkaitan dalam bidang perlancongan boleh menjadikan sabah sebuah taman hiburan untuk semua pelancong selain dapat menjana ekonomi negeri sabah dan menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat sabah. Contoh pusat perlancongan yang boleh ditubuhkan di sabah adalah menaik taraf taman tema air dengan lebih besar, menarik dan kreatif. Selain itu, pada pendapat saya, sabah amat sesuai untuk di bina cable car bagi para pelancong melihat pemandangan dari atas bukit atau gunung. Terdapat banyak lagi cadangan yang boleh di lakukan di negeri sabah ini. Apa pula pendapat dan cadangan anda?
Ditutup
Balas

Hidayah88

  27 bulan yang lalu
sabah sangat cantik terutamanya semporna, dengan pantai dan laut yang cantik, dapat menarik pelancong tempatan dan asing, satu lagi tempat menarik seperti kundasang yang macam cameron highland memang mempunyai data tarikan yang kuat dalam memberikan sumber ekonomi dari segi pelancongan terutama rakyat tempatan sabah, langkah yang patut diambil adalah sentiasa menjaga alam sekitar dengan sebaik mungkin dan mempromosikan dengan lebih meluas dan rakyat sabah dan malaysia patut berbangga mempunyai khazanah ini
0 komen

nurmadihah

  27 bulan yang lalu
pada pendapat saya,memang bagus kalau ada usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke sabah namun perlu kita semua fikirkan secara mendalam " adakah dengan menyediakan infrastuktur seperti taman tema,cable car dapat menjamin keindahan alam semulajadi yang dimiliki oleh negeri sabah mampu dikekalkan?,sedangkan rata-rata pelancong yang datang terutamanya pelancong asing mahu menyaksikan keindahan alam semulajadi di sabah yang tidak terdapat ditempat mereka.fikirkanlah..
0 komen

Draty Thomas

  27 bulan yang lalu
Pada pendapat saya,kerajaan dan badan swasta ialah Istilah pelancongan kesejahteraan merupakan satu lagi
produk pelancongan yang telah diterima pakai dalam industri yang menjadi
penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara.
bukan hanya melibatkan
kepada rawatan penyembuhan dan pencegahan penyakit, malah turut meliputi
aspek kesejahteraan dan kesegaran
0 komen

zephaniah suin masanil

  27 bulan yang lalu
Negeri Sabah yang kaya dengan budaya dari berbagai rumpun etnik seharusnya akan dapat menarik lebih ramai minat antarabangsa mengenali Sabah justeru dapat memajukan industri pelancongan melalui keunikan budaya di Sabah itu sendiri.Mengadakan atau memulihara pelbagai keunikan festival ataupun taman peringatan agar tidak pupus dan ianya akan menarik lagi ramai pelancong datang ke Sabah.............
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …