Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

faizal bin madzlan menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


faizal bin madzlan

28 bulan yang lalu

Pendapat anda membeli barangan secara ansurans?

membeli barangan dengan membayar secara bulanan sebenarnya kadang2 membawa kebaikan.dari segi harga memang lah terpaksa kita bayar secara lebih. tetapi kebaikannya kita dapat barang terlebih dahulu. bagi peniaga barang yang digunakan pula boleh digunakan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan dan hasil keuntungan dapat membayar barang tersebut. kalau kita nak tunggu sampai duit ada dan beli barangan secara cash xtahu lagi bila. kalo untung sabut timbul, untung nasib siapa yang tahu?mana tahu dengan barangan yang dah diambil boleh dijadikan pusingan berniaga dan untung yang dapat berganda maka terus dapat bayar segala hutang. membeli barangan secara ansuarans juga membawa kebaikkan untuk kemudahan asas seperti peti ais, untuk hiburan seperti telivisyen dan hiasan seperti sofa dan sebagainya. bagi mereka yang dpat merancang kewangan dengan baik, maka bayaran secara ansurans tidak menjadi masalah dan beban untuk mereka malah perancangan ekonomi lebih teratur. secara rumusannya, bayaran ansurans juga bergantung kepada barang dan keperluan. jika kita memilih untuk membeli handset seperti tablet samsung dan sebagainya dengan membeli secara bayaran bulanan sedangkan bukan sebagai keperluan sebaliknya untuk bergaya sahaja maka lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan.
Ditutup
Balas

Adlynnda

  28 bulan yang lalu
Pengalaman saya sendiri, saya membeli set bilik tidur dan set sofa secara ansuran dari salah satu kedai perabot yang terletak di Bangi. Apa yang saya boleh katakan service ansuran yang diberikan kepada saya tidak membebankan saya kerana saya akan dapat barang saya selepas hutang selesai dan tiada bunga dikenakan. Kita boleh buat bayaran mengikut bajet kita. Caj penghantaran, caj pemasangan juga tidak dikenakan oleh tuan kedai tu. Berbaloi sangat beli perabot dekat kedai tu.
Sebelum nak beli sesuatu tu kena tengok dulu kemampuan kewangan. Jangan mudah terpengaruh dengan trend sekarang, rasa nak menunjuk-nunjuk, nak rasa bagus, mewah bila ada barang yang mahal ni.
0 komen

Idrus Bin Ismail

  28 bulan yang lalu
Hutang, hutang, hutang, mudah sungguh untuk berhutang dizaman serba canggih ini. Hutang ansuran lagi la mudah, contohnya amati dialog ini yang sering berlaku dihadapan pintu rumah diantara Bangla Carpet (BK) dan seorang Suri Rumah (SR) yang mungkin Mak atau isteri anda:
BK: Kakak, saya ada bawa barang baru carpet canteek punya sama itu tikar buluh. Kakak boleh angkat dua dua sekali nanti pelan pelan bayar.
SR: Ala tak mau la! (sebenarnya suka! - sambil tangan membelek belek carpet dengan muka dibuat berkerut) hutang carpet yang dulu pun ada dua bulan lagi!
BK: Tara pa! kakak boleh terus sambung nanti kita kira. Saya letak sini ini carpet sama itu tikar kakak boleh tengok dulu (sebenarnya dah kira jadi tu) dan Bangla Karpet tu terus berlalu dari situ.
Pernahkah peristiwa begini berlaku kepada keluarga anda?
0 komen

NURUL NADIAH

  28 bulan yang lalu
Sebenarnya da kebaikan dan keburukan. kebaikannya, kita dapat membayar sedikit demi sedikit sehingga selesai dan beban terasa kurang berbanding beli secara tunai dan membebankan pada masa itu..jadi, perlu la lihat pada bajet sebelum membeli sesuatu barang dan paling penting, tanya diri sendiri samada kemahuan atau keperluan.
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …