Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

ROHANI BINTI GHANI menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


ROHANI BINTI GHANI

28 bulan yang lalu secara mudah alih

Macam mana nak buat nasi lemak yang wangi dan sambal yang sedap?

sesiapa yang mempunyai pengalaman membuat nasi lemak yang sedap, boleh lah bagi resepi. Terima kasih, buat santapan keluarga sahaja.
Ditutup
Balas

mariani mohd azmi

  28 bulan yang lalu
Tiru gaya malas saya je, kak... masak nasi dlm rice cooker cam biasa, cuma kurangkan sikit airnya, diganti dengan santan.. letak 2 ulas bawang putih dan merah yang dimayang. Carikkan 3-4 helai daun pandan, masukkan 1 sudu kecil garam... tunggu nasi kering, balik-balikkan.... siap!! sediakan telur rebus, sambal udang, timun dan bilis yang digoreng garing... Cara nak buat sambal yang sedap? bawang merah, bawang putih, bawang besar dan lada kering digiling. keringkan atas api perlahan. masukkan minyak, kacau sampai pecah minyak. masukkan air asam jawa dan gula, kacau lagi. hiris bawang besar, masukkan udang dan garam.. . tadaaa... gerenti terangkat!!
0 komen

Idrus Bin Ismail

  28 bulan yang lalu
Resepi isteri sayapun lebih kurang sama dengan Sofea_aya86, nasi lemak perlu dikukus supaya dimakan lebih sedap dan tahan lebih lama serta susah untuk basi. Nasi lemak kukus jika disimpan dalam peti sejuk akan lebih tahan lama dan boleh dipanaskan kembali dengan microwave oven. Jadi tidak berlaku pembaziran dan boleh masak lebih untuk 2, 3 kali makan.
Untuk sambalpun lebih kurang sama apa yang isteri saya buat dengan Sofea_aya86, cuma tak dimasukkan belacan kerana keluarga saya ada yang 'alergic' dengan belacan. Tapi untuk menggantikan belacan beliau tambah ikan bilis yang dikisar halus (boleh juga digantikan dengan kiub perasa ikan bilis) dan untuk lebih terasa dan kuah yang pekat masukkan juga bawang besar yang juga dikisar (ini resepi rahsia orang berniaga; mamak juga gunakan bawang besar yang dikisar untuk memekatkan kari mereka)
Untuk lebih ummph! lapiklah nasi lemak dengan daun pisang. Sekarang daun pisang boleh didapati dipasar-pasar basah diseluruh Malaysia, sekeping 20 sen je. Kalau nak panaskan nasi lemak dari peti sejuk tadi kedalam microwave oven lapikkan sekali dengan daun pisang, pasti naik aroma wanginya- selamat mencuba!
0 komen

Sofea_aya86

  28 bulan yang lalu
cuba masak nasi lemak kukus ,nasi lebih sedap..kalo masak nasi lemak dlm 2 cup,air santan pekat(beli yg dh siap diperah) mesti la 4 cup ,letak sedikit halia,bunga cengkih dlm1-2bj jer...untuk wangi jgn lupa letak daun pandan..sambal yang sedap cuba buat sambal ikan bilis,lada kering+bawang pth+bwg merah+sedikit belacan,bhn td hendaklah di blend ,mula2 tumis bhn td sehingga naik wangi ,pastu ltk sedikit air asam jawa,letak ikan bilis (sederhana di belah 2),masak sambal sehingga pecah minyak..jgn lupa letak sedikit perasa dan garam,kalo nk manis ltk gula melaka @ gula pasir.blh jugak masukkan bawng merah yang di hiris bulat@mayang.cuba lah...
0 komen

ROHANI BINTI GHANI

  28 bulan yang lalu
Saya dah banyak kali mencuba tapi tak pernah menjadi. Buat untuk santapan keluarga saja sebab anak saya suka sangat makan nasi lemak, dia cakap sedap dan selera makan dia pun bertambah.
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …