Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

Cik Qis menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


Cik Qis

29 bulan yang lalu

Apa keistimewaan negeri yang anda diami sekarang?

Saya dilahirkan di negeri cik siti wan kembang @ kelantan. Dibesarkan di Mersing Johor dan kembali semula ke Kelantan. Sekarang umur saya 23 tahun dan saya masih lagi mendiami negeri kelahiran saya. hehe. Nak cakap keistimewaan negeri ni, susah sebenarnye. Sebab nak kata tempat cantik, takdelah cantik pun. Maklumlah, kerajaan tak berikan peruntukan yang cukup untuk kerajaan negeri membangunkan kelantan. Hmm..kesian plak. Nak buat macam manakan..

By the way, saya sangat-sangat sayangkan negeri kelantan ni. Even tak secantik negeri lain. Namun ada tarikan yang tersendiri. Nak tahu ape tak? Kelantan terkenal dengan orangnya. Apa agaknye istimewa orang kelantan? kerana tutur kata dan budi bahasanya. cewah!! haha.. tapi ade jugak yang x baik. cuma majoriti yang dtg kelantan, akan cakap keistimewaan layanan penduduk kelantan pada orang luar. Kami menghormati pengunjung dari tempat lain..

Tetamu kan ibarat raja^_^..
Ditutup
Balas

NABILAH BINTI JAHININ

  23 bulan yang lalu
saya berasal dari sabah..di sabah sangat sejuk terutama area kundasang berdekatan dengan gunun..di sabah terdapat banyak hidupan flora dan fauna..keindahan hidupan seperti hidupan flora sangat cantik dipandang ketika waktu pagi..dan udaranya sangat segar dan nyaman...
0 komen

NABILAH BINTI JAHININ

  23 bulan yang lalu
saya berasal dari sabah..di sabah sangat sejuk terutama area kundasang berdekatan dengan gunun..di sabah terdapat banyak hidupan flora dan fauna..keindahan hidupan seperti hidupan flora sangat cantik dipandang ketika waktu pagi..dan udaranya sangat segar dan nyaman...
0 komen

vivaElite84

  24 bulan yang lalu
Hujan emas di negeri sendiri,sejauh mana kita menjelajah tempat orang,namun tempat terjatuh lagi dikenang.Saya suka Bumi Kenyalang sebab negeri ini mempunyai pelbagai keturunan seperti;Iban,Bidayuh,Lumbawang,Penan dan banyak lagi.Walaupun banyak kekurangan tetapi tempat pelancongan banyak di sini misalnya;Batang Ai.Bakalalan,Puncak Borneo,Kampung Budaya and Damai Resort.Keistimewaan Sarawak mesti lah mempunyai dua bandaraya Kuching dan Miri.Kalau membeli belah boleh tak ingat dunia gak...
0 komen

TAN SIN LI

  24 bulan yang lalu
saya berasal dari negeri melaka, saya tinggal di sini dari saya berlahir sampai sekarang.keistimewaan negeri melaka adalah negeri melaka merupakan historical city.di sini ada banyak bangunan yang mempunyai story sejarah zaman dahulu yang dibina orang orang luar negara seperti A Famosa yang dibina oleh orang Portugis, Rumah Merah yang dibina oleh orang Belanda, perigi Hang Li Po yang dibina oleh raja dan lain-lain.selain itu, di sini juga terdapat orang Baba Nyonya, orang Baba Nyonya mempunyai budaya sendiri dan mereka juga mempunyai makanan sendiri yang sedap. negeri melaka juga mempunyai makanan yang terkenal seperti nasi ayam bebola, satey celup, asam laksa nyonya dan lain-lain.selain daripada itu, negeri melaka juga mempunyai tempat pelancongan seperti A Famosa yang mempunyai safari, water world dan cowboy town, jongker walk.
0 komen

ctaishah2012

  25 bulan yang lalu
saya di lahirkan di hospital klang selangor. di besar kan di kampung telok panglima garang bersama nenek dan boyot sampai umur 5thn, pas tu mak ambik duduk dengan mak kat bandar sunway sampai sekarang. umur dah 25thn dah sekarang. so happy kat sini ada sunway pyramid, sunway lagoon, dan mcm2 lg tempat best2.
0 komen

alibiz_2012

  26 bulan yang lalu
Keistimewaan Negri Sarawak yang saya diami sekarang ini ialah,keamanan, kesejahteraan dan keharmornian, suku bangsa yang berbagai disini, bagaikan tiada bezanya. Melebihi 4i suku kaum dengan pecahan mereka, tak nampak pun, perbezaan diantara satu suku dengan suku yang lain disebabkan keharmoniah kehidupan mereka.Kami sudah lama mengamalkan SATU MALAYSIA, maka itu kami tak hairan dengan konsep tersebut. Dah amal lama dah.
0 komen

Hidayah88

  27 bulan yang lalu
saya tinggal di kedah yang rata-ratanya mempunyai latar belakang sawah dan dimonopoli oleh kawasan pertanian, bagi sesiapa yang menggemari alam semulajadi, kedah adalah pilihan terbaik untuk dikunjungi walaupun orang kedah cakap kasar, deras dan sedikit loklag tp hati baik...
0 komen

Draty Thomas

  27 bulan yang lalu
saya dilahirkan di negeri sabah..,keistimewaan negeri sabah ialah aman dan damai..
selain itu semangat 1 sabah ada pada s Pulau Layang-Layang, Sipadan dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang mempunyai Pulau Manukan serta Mamutik.setiap individu.sabah juga miliki pelbagai jenis tarian.terdapat banyak destinasi pelancongan kerana mempunyai pantai, gunung, hutan, hidupan dan alam semula jadi.antaranya ialah Pulau Layang-Layang, Sipadan dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang mempunyai Pulau Manukan serta Mamutik.Tidak ketinggalan kepada mereka yang meminati aktiviti pendakian Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia.
0 komen

shamifti

  27 bulan yang lalu
saya dilahirkan di kota bharu kelanan,,negeri yg kaya dan semua penduduk 98% org melayu tak seperti negeri2 lain.Kelantan jgk adalah negeri yang satu2nya Menteri Besar adalah alim ulamak
0 komen

Md Fadzil

  27 bulan yang lalu
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijungjung.. Begitulah, sehingga kini saya amat menyayangi tanah tumpah darah saya iaitu di Johor. Tanah kelahiran saya yang akan saya sayangi selamanya. Disini saya memperoleh pelbagai nikmat yang begitu bermakna. Lihatlah pula apa yang ada pada Negeri Johor, kemakmuran, tempat-tempat lawatan, bahasa dan pertuturan yang paling hampir dengan bahasa baku, pusat membeli belah bak kata semua keperluan boleh didapati di Johor sahaja. Ini memandangkan Johor merupakan negeri di Malaysia yang bersebelahan dengan Singapura, jadi ianya mempunyai jumlah pelawat luar negara yang paling ramai. Dari segi budaya pula, Johor terkenal dengan tarian zapin, Majlis Maulidur Rasul, dan bayk lagi.
Oleh itu, semenjak dibangku sekolah lagi saya memasang niat dan azam untuk berbakti kepada institusi yang ada di Johor, sehingga kini, saya bersyukur kerana saya telah dan sedang berkhidmat di sebuah pusat pengajian Islam di Segamat Johor. Dengan izin Allah, saya akan menyambungb pengajian lagi dan kelak apabila saya tamat pengajian dalam bidang yang saya cintai saya akan pulang ke Johor dan berkhidmat di Negeri tercinta ini..Amin.
0 komen

Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …