Poll

500 px
350 px
250 px
px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

mohd shahidan menggunakan Toluna untuk mencipta kandungan yang hebat dan anda juga boleh, dengan mendaftar sekarang.


mohd shahidan

29 bulan yang lalu

Ape yang anda tahu mengenai jururawat hospital kerajaan di malaysia

saya rase jururawat hospital kerajaan banyak beban kerja,stress dan bermacam-macam dugaan yang mereka hadapi setiap hari.Ini menjadikan mereka kurang seronok bekerja dan kurang melayan pesakit
Ditutup
Balas

zaleha2

  29 bulan yang lalu
Apabila kita ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan atau melawat pesakit, pasti kita bertemu dengan petugas wanita yang berpakaian seragam serba putih lengkap. Merekalah jururawat yang merawat dan banyak membantu pesakit di hospital selain doktor. Rawatan dan layanan yang baik terhadap pesakit, dan segi psikologinya menyebabkan pesakit lebih selesa tinggal di hospital dan mungkin cepat sembuh. Mereka amat memahami kerenah setiap pesakit di bawah jagaan mereka.
Bidang kejururawatan ini luas dan boleh dibahagikan kepada empat bidang asas seperti yang diamalkan di negara ini, meliputi jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik. Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan, mereka akan dilantik ke jawatan yang lebih kanan, misalnya sebagai ketua jururawat, penyelia jururawat dan ketua penyelia jururawat.
Namun, keperluan jururawat tidak dapat dipenuhi oleh negara ketika ini. Keadaan ini disebabkan pelajar lepasan sekolah tidak mahu atau berminat menceburi bidang yang semakin penting ini, atau mungkin ramai yang kurang mengetahui tentang kerjaya mi yang semakin berkembang dengan pendapatan yang menarik.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan sehingga Mei 1996, terdapat hanya 15 921 jururawat, 10 886 penolong jururawat dan 1,165 jururawat pergigian yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta di negara ini.
Kekurangan sumber manusia di bidang ini menyebabkan kerajaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada negara-¬negara jiran untuk mendapatkan khidmat tenaga jururawat. Langkah seperti ini yang dilakukan oleh kerajaan semata¬-mata bertujuan meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
Kini, jururawat tidak lagi dianggap sebagai hanya satu kerjaya tetapi sebagai satu profesion yang penting dan mempunyai permintaan yang tinggi. Mereka tidak hanya membantu doktor, sebaliknya sebagai penolong kepada doktor melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal. Malah, sekiranya berlaku kes kecemasan ketika ketiadaan doktor, jururawat harus menanganinya sebelum ketibaan doktor.
Berikutan penubuhan lebih banyak hospital kerajaan, kolej latihan perubatan, pusat-pusat perubatan kerajaan dan swasta, telah membuka peluang yang luas kepada jururawat-jururawat sebagai satu kerjaya dan meningkatkan kelayakan hingga ke peringkat ijazah dan kemahiran klinikal khusus.
Bidang ini menawarkan banyak pekerjaan seperti di hospital kerajaan, Hospital UKM, Hospital Universiti, Institut Jantung Negara dan pusat-pusat perubatan swasta. Calon yang mempunyai Diploma Kejururawatan akan ditawarkan yang gaji yang lumayan melebihi RM1,000 dan kemudahan lain-lain yang menarik, termasuk elaun dan faedah perubatan.
Keperluan terhadap kerjaya ini serta untuk meningkatkan taraf profesion
kejururawatan, mendorong Kementerian Kesihatan Malaysia, banyak universiti dan
institusi me¬nawarkan program kejururawatan di peringkat diploma dan ijazah. Program
ini bertujuan memenuhi keperluan tenaga jururawat untuk negara masa kini dan masa
hadapan yang semakin berkurangan dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran
klinikal yang sentiasa berkembang.
Program yang mempunyai ciri-ciri akademik dan profesional yang tinggi ini mampu
Menghasilkan tenaga jururawat yang mempunyai pengetahuan asas ilmu
kejururawatan, kemahiran kliriikal yang tinggi dan mempunyai sikap dan budi pekerti
yang luhur untuk merawat pesakit dengan berkesan. Semasa pengajian di peringkat
diploma pelajar akan mengikuti pengajian merangkumi bidang kemahiran sains
kemanusiaan, sains kesihatan dan sains kejururawatan secara
teori dan amali.
Selain itu, pelajar akan diajar secara praktis berasaskan teori untuk memberi bantuan
perubatan dan penjagaan yang komprehensif kepada pesakit. mi memandangkan bidang
kejururawatan tidak hanya dilihat dan aspek pemulihan tetapi merangkumi semua aspek lain iaitu meningkatkan kesihatan individu, keluarga dan masyarakat, mencegah penyakit, merawat dan memulih pesakit.
Sebagai satu disiplin praktis, pelajar diberi pendedahan awal kepada pesakit dan pendedahan ini berterusan sepanjang pendidikan kejururawatan. Selain itu pelajar juga
didedahkan dengan penyelidikan kejururawatan dan proses kejururawatan.Ini bertujuan untuk melahirkan jururawat yang bukan sahaja terlatih dan profesional tetapi turut mempunyai ciri-ciri akademik.
0 komen

zaleha2

  29 bulan yang lalu
saya rase jururawat hospital kerajaan banyak beban kerja,stress dan bermacam-macam dugaan yang mereka hadapi setiap hari.Ini menjadikan mereka kurang seronok bekerja dan kurang melayan pesakit.ada yang baik ada yang sombong. sepatutnya jururawat mesti melayan kerenah pesakit bukan marah-marah pesakit.inim menjadi tugas seorang jururawat tidak kira jururawat kerajaaan ataupun swasta.kita juga mesti ikhlas melayan pesakit tidak kira tua atau muda.......................kalau yang baik semua orang suka
0 komen

Adlynnda

  29 bulan yang lalu
Jururawat di hospital kerajaan masih ada yang tidak mesra pelanggan. Saya ada pengalaman masa bersalin di hospital kerajaan di mana anak sulong saya tiada pengalaman untuk menukar pampers, bedung, tukarkan baju bayi dan lain-lain. Saya minta pertolongan dari jururawat ni dia boleh 'sound' saya balik. Dia cakap saya ni mengada-ngada la, tak boleh berdikari la. Nasib la ada sorang jururawat ni yang tolong saya ketika tu. Nasib dia baik saya tak perasan nama dia. Kalau tidak, saya memang dah buat laporan di Biro Aduan Awam. Jika kita dah pegang sesuatu profesion bermakna kita juga harus sanggup memikul tanggungjawab, dugaan yang bakal tiba dalam kerjaya tu. So tak boleh la jururawat tu nak marah-marah pesakit. Pesakit adalah client kita, customer kita. Ingat, customer is always right!
0 komen

abdwahid

  29 bulan yang lalu
Sekarang ni pun jururawat, gaji dah besar. Stress pun tak pa.. Jadi banyaklah kolej kolej swasta dalam bidang kejururawatan ni di buka. Kalau dah pening duduk dalam hospital kerajaan tu, boleh pi kat hospital swasta lah pulak. Jadi jururawat ni boleh ambil pengalaman semasa kerja kat hospital kerajaan. Bila dah pandai dah cekap, pindah kat swasta pulak. Dapat gaji lebih tinggi.
0 komen

Elainelee9006

  29 bulan yang lalu
i feel tat government nurse not all is vy helpful...some even vy rude 2 patient.yet there is some nurse who understand the situation the patience is going through.tat's y i choose not 2 stay in government hospital even though the bill is cheap.so i bought medical card 4 my family.tat is vy important.as government certain things need 2 wait 4 vy long.some even years.
0 komen

fazlina

  29 bulan yang lalu
Layanan dengan pesakit kurang memuaskan mungkin disebabkan bebanan kerja, kadangkala terpaksa kerja lebih masa tanpa dibayar gaji. Kebajikan yang disediakan untuk mereka tidak sama nilainya dengan tenaga yang mereka curahkan.Mereka sentiasa berdepan dengan kerenah pesakit tak kira bangsa, usia mahupun jantina. Dan ada antara mereka mengalami tekanan perasaan akibat suasana kerja yang mana setiap hari berdepan dengan masalah pesakit yang baru.
0 komen

mariani mohd azmi

  29 bulan yang lalu
Ternampak satu akak kat opis aku ni .. dia dok menulis atas satu kad warna merah .. oo, kad utk temujanji pragnent test.. adeh.. Gulp.. terus aku teringat kenangan silam dulu.. Sewaktu sekolah rendah .. hahaha... cukup benci kalau nampak jururawat dok usung kad kesihatan pelajar .. kalau dia berenti depan kelas , lalu ketuk pintu dan masuk.. dipanggilnya nama sorang sorang .. aku leh pengsan wooo.. Aku tak suka kena check gigi.. Kalau check je tak pe.. ni siap cabut !! Waaa... mmg meleleh air mata wooo kena inject kat gusi tu haaaa..
Serius .. mmg benci !! Tu kalau gigi .. kalau kena suntik BCG ? Hahaha.. mengalir air mata ku ini.. Nasib baik laa masa tu , ada game bola separuh akhir .. jadi dapat excuse .. namun arahan doktor , sila ke klinik kerajaan yang berhampiran !! hahaha.. Korang tau tak dongeng BCG ni ?? Jahat gila abang abang dulu !! Diorng kata , jarum tu dipanaskan ... baru suntik .. kalau tak jadi , diorg korek balik kat tempat kena suntik tu.. baru suntik lain !! Sapa tak ngeri dik oiiii!! Mmg zaman sekolah aku anti jururawat .. Dah la tu.. tamo senyum.. Skang ? comel comel blaka jururawat.. Auwww.. hahaha...
0 komen

aldryan

  29 bulan yang lalu
Saya rasa jururawat kerajaan banyak menangung risiko ketika berkerja dia hospital. Dengan itu , Jururawat negara kita kurang melayan pesakit dia hospitalnya. Dan pesakit pula bimbang dengan masalah yang di hadapinya tanpa pertolongan jururawat dia sana. Tetapi , sesetengah jururawat sungguh peremah melayan pesakitnya. Dan tekun untuk memberi pesakitnya apa apa sahaja yang dikehendakinya. Tetapi jururawat kerajaan sungguh menawan ! :D Cantik. HAhA
0 komen


Kongsi melalui e-mel

Tambah kenalan


Batal
Hantar

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik
Barangkali kemudian …