Share Pungutan Suara

Poll

500 px
350 px
250 px
! Anda menggunakan pelayar yang tidak disokong Versi pelayar anda tidak dioptimumkan untuk Toluna, kami mengesyorkan supaya anda memasang versi yang terkini Naik Taraf

Apakah Toluna?

Toluna ialah komuniti interaktif portal untuk menyuarakan pendapat anda! Beritahulah dunia tentang apa yang anda fikirkan dan dapatkan ganjaran dengan menyertai tinjauan. Suarakan pandangan anda melalui pungutan suara dan tinjauan yang anda cipta secara terus di Toluna! Biarlah orang lain mengetahui buah fikiran anda, dan ketahui jika mereka juga berpandangan sama. Masukkan konten yang anda cipta di Toluna ke dalam blog atau laman web peribadi anda. Setiap perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman kami adalah secara percuma, dan dapatkan mata melalui penyertaan aktiviti Toluna. Toluna adalah ahli kumpulan Toluna, layari laman web korporat di sini.

Bagaimanakah Toluna menggunakan data yang kami kumpul?

Apabila anda mendaftar, kami meminta maklumat peribadi seperti nama, alamat, jantina, hari jadi dan status pekerjaan untuk memadan anda dengan projek-projek penyelidikan pasaran yang sesuai. Maklumat ini juga digunakan untuk memenuhi insentif supaya kami boleh menghantar ganjaran anda ke alamat penerima yang sesuai. maklumat peribadi lain yang diminta adalah semata-mata untuk membina dan mengendalikan pangkalan data proprietari seluruh dunia ahli panel , untuk menjalankan kajian penyelidikan pasaran atas dasar itu. Toluna hanya memberikan maklumat tanpa nama dan dalam bentuk agregasi kepada pelangan dan digunakan dalam penyelidikan pasaran dan untuk tujuan dalaman klien itu sendiri . Toluna tidak menggunakan Pemasaran Langsung dan tidak akan berkongsi data anda dengan telemarketers atau agensi-agensi iklan untuk promosi dan tujuan penyasaran. Jika anda mempunyai soalan mengenai data anda, sila hubungi kami di privacy@toluna.com

Apakah Tinjaun

Tinjauan dicipta oleh rakan niaga kami yang kebanyakannya adalah syarikat penyelidikan. Kebanyakan masa tinjauan berlangsung antara 15-20 minit, dan anda akan diberi ganjaran untuk penyertaan mengikut tempoh tinjauan. Tujuan tinjauan : mengumpulkan pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan bagi jenama pengguna yang besar, yang akan membantu syarikat tersebut untuk memasarkan dan mengedarkan produk dan perkhidmatan baru mereka. Setiap tinjauan akan bermula dengan beberapa soalan untuk memastikan bahawa anda adalah sebahagian daripada kumpulan demografi sasaran yang diperlukan. Anda boleh mengakses tinjauan ini di Toluna.com atau melalui jemputan yang dihantar ke dalam emel anda. Jangan lupa melengkapi tinjauan profil anda di Toluna.com supaya peluang anda lebih tinggi untuk dipilih bagi tinjauan tertentu.

Apakah Pungutan suara, Thumb it dan Battles?

Membuat Pungutan Suara untuk bertanya soalan dengan pilihan jawapan yang telah dibentuk terlebih dahulu, dan ahli-ahli lain boleh memilih satu atau lebih jawapan. Apabila ahli menjawab soalan Pungutan Suara, statistik dan infographic akan dikemas kini secara masa sebenar. Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan jawapan yang cepat. Tidak boleh membuat keputusan antara dua pilihan? Buat Battles yang membandingkan dua perkara yang berbeza danbiarkan masyarakat membuat pilihan mereka. Atau, jika anda tidak pasti tentang sesuatu, buat Thumb it dan biarkan ahli-ahli lain memberi keputusan dengan ibu jari mereka ke atas atau ibu jari ke bawah.

Apakah ganjaran?

Ganjaran adalah barang barang yang ditawarkan oleh Toluna untuk masa anda yang diluangkan untuk menjawab tinjauan. Anda akan menerima ganjaran dalam bentuk mata, dan mata ini boleh ditebus untuk berbagai jenis barangan yang menarik, seperti tiket cabutan hadiah bagi alat baru atau percutian yang hebat, baucar untuk pelbagai pilihan kedai, malahan juga wang tunai! Anda juga boleh mendapat mata apabila anda mendaftar dan mengisi tinjauan profil anda dan mecipta kandungan berkualiti. Apabila baki anda mula meningkat, terpulanglah kepada anda untuk memilih ganjaran anda dan bila anda ingin menunaikannya

Apakah Gifties?

Gifties adalah permainan calar maya yang membolehkan anda menukar sebilangan mata kecil untuk peluang memenangi ganjaran dari seleksi yang besar. Setiap Giftie merupakan satu hadiah yang anda boleh memenangi jika anda dipilih secara rawak, anda hanya perlu klik untuk mengetahui jika anda adalah pemenang atau bukan. Anda juga boleh bermain dengan rakan-rakan dan pengikut anda. Mereka mungkin juga boleh menjadi pemenang bertuah! Para pemenang dipilih secara rawak melalui cabutan rawak.
* Penebusan Giftie tidak menjamin bahawa anda akan memenangi hadiah yang sebenar.

OK
Batal
Apabila anda memuat naik gambar, laman kita kelihatan lebih menarik.
Muat naik